Tuesday, August 10, 2004

A Tribute to Mas: "Semoga dimurahkan rezeki..."

Salam buat semua... Sekiranya Mas membaca ini, di sini kita nak mengambil kesempatan untuk memberi beberapa patah kata semangat buat Mas. Mas mesti happy dapat berjumpa balik dengan anak anak dan keluarga kan? Anak-anak Mas pun mesti gembira dapat berjumpa dengan ibu mereka yang disayangi.

Semoga Mas dapat menerima dan menempuh cabaran yang ada di luar sana dengan hati yang tenang. Teruslah berusaha untuk meningkatkan mutu vokal anda yang sememangnya unik dan perjuangan tidak berhenti di sini. Dari segi persembahan, Mas memang sudah boleh dikira professional sebab penguasaan pentas memang bagus!

Kita juga memohon maaf sekiranya pernah tersasul kata atau membuat apa apa kesilapan dalam ulasan lepas yang boleh menyinggung perasaan Mas sebagai seorang individu. Memang tidak setuju sekali dengan apa yang penonton dewan buat terhadap Mas minggu lepas dan juga malam konsert yang lalu. Mereka mungkin terlupa diri kerana telah dilanda demam AF yang teruk. Tetapi Mas tetap kelas, malah mendoakan "Semoga anda dimurahkan rezeki," kepada para penonton dan pengundi. Mas sememangnya seorang individu yang lurus dan kejujuran anda harus dipuji.

Tahniah Mas kerana mampu bertahan sehingga ke minggu ke-sembilan. Semoga rezeki anda melimpah luah dan kita doakan kejayaan dan kebahagiaan Mas dan keluarga Mas. Mas tetap seorang yang kuat semangat dan tabah hati dan sifat ini sudah pasti akan menolong Mas terus menuju ke puncak dalam dunia luar nanti. Apa apa pun, Mas, jangan lupa diri bila dah menjadi salah seorang artis yang popular dan famous esok hari nanti yeh!

M - Moga
A - Anda
S - Sukses Selalu!

Courtesy of yatiathome



Courtesy of www.astro.com.my

0 Comments:

Post a Comment

<< Home