Monday, August 02, 2004

Linda Tetap Juara

Akhirnya sandaran orang-orang untuk melihat anak watan kelahiran Sabah muncul sebagai Juara Akademi Fantasia musim kedua punah pada hari Sabtu lepas. Konsert Akademi Fantasia yang ke-8 menyaksikan seorang lagi pelajar berbakat besar tersingkir dan sekaligus mengekalkan Mas di akademi sekali lagi.

Norlinda Nanuwil atau Linda meninggalkan Akademi Fantasia dengan seribu persoalan yang timbul. Adakah kaedah pengundian melalui SMS ini betul-betul tulus untuk mencari satu bakat yang akan menyinar di persada seni negara? Adakah perlu juri profesional menentukan pemenang yang betul-betul layak?

Nampaknya peristiwa hitam yang dialami oleh Rosma (pelajar Akademi Fantasia musim pertama) dan Zarina berulang lagi pada Sabtu lalu. Keputusan mengejut ini membuatkan kita tertanya-tanya, apakah sebenarnya yang dicari oleh penonton untuk menjadi seseorang itu bintang? Kalau American Idol diambil perbandingan, kita sedia maklum bahawa rakyat Amerika memilih bakat semata-mata apabila memilih Fantasia Barrino sebagai pemenang tanpa mengira paras rupa, status dan warna kulit.

Tetapi lain pula halnya penonton di Malaysia, berdasarkan keputusan konsert setiap minggu, kita masih kabur-kabur tentang selera dan hala tuju penonton. Apa yang sebenarnya dicari oleh penonton? Jika paras rupa yang diinginkan, kenapa pelajar yang berwajah cantik seperti Edlin, Linda atau Zarina terkeluar? Begitu juga dengan pelajar lelaki seperti Anding dan Fitri? Sekiranya bakat dipertaruhkan, kenapa mesti Linda dan Zarina (mereka berdua lebih menonjol dari segi bakat nyanyian) terkeluar awal jika dibandingkan dengan Mas?

Malam itu, ketika Aznil mengumumkan pelajar yang terkeluar. Aku terkedu. Aku tengok Mum and my sis ternganga kejap. Tak percaya!!! Percayalah (Terngiang-ngiang lagu Siti di telinga). Apa-apapun, Linda tetap akan jadi Persona Bintang.



Courtesy of www.astro.com.my

"Selamat tinggal Linda."


Kedudukan Undian SMS Terkini (hingga setakat 02 Ogos 2004)

Nama Undian (%)
ZAHID 18%
ADAM 18%
KAER 17%
MAS 16%
BOB 15%
FARAH 15%


0 Comments:

Post a Comment

<< Home